Loading...

PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16

Loading...
PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16
link : PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16

Baca juga


PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16

TEMERLOH: Kepimpinan PAS menyatakan komitmen untuk menutup premis perjudian termasuk kasino terbesar besar Asia Tenggara di Genting Highland sekiranya parti itu berjaya menawan Pahang pada PRU ke-16.

Bagaimanapun Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Andansura Rabu berkata, perkara itu perlu merujuk kepada lunas undang-undang dan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Dalam aspek itu kita perlu melihat kepada lunas undang-undang, kalau kita ada kuasa di peringkat negeri, kalau kita boleh buat, kita akan buat.

“Contohnya (kasino) di Genting Highland kemungkinan kuasa itu tidak mutlak kepada kita, perlu persekutuan sekali, maka itu mungkin kita tak boleh buat.

“Tetapi (kalau) dalam mana-mana dalam ruang lingkup bidang kuasa kita, kita akan melihat perkara-perkara yang mendatangkan keburukan kepada rakyat kita akan ambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya pada sidang media sempena Muktamar PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, di Kerdau, Temerloh, hari ini.

Andansura yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berserah berkata demikian ketika ditanya berhubung perkara itu bagi mengikuti jejak langkah kerajaan PAS seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Tambahnya, apa saja perkara yang boleh memudaratkan masyarakat perlu disokong untuk dibanteras.

“Mana-mana yang boleh boleh memudaratkan masyarakat kita perlu bersama-sama menyokong dan hapuskannya termasuklah judi yang kita sebenarnya nak bertindak ini bukan sahaja orang Islam yang haramkan judi. 

“Semua agama pun tak membenarkan judi, maka tidak ada alasan agama dalam isu itu, ia adalah alasan sosial. Kita menjaga kebajikan sosial dan kesejahteraan rakyat. 

“Jadi ini memudaratkan kita tutuplah tetapi mesti ikut lunas undang-undang dan perlembagaan. Jadi kalau rakyat Pahang tak suka judi, nak suruh tutup judi kena sokong PAS, insya-Allah,” jelasnya.



Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Rosli Abdul Jabar pula berkata perkara itu sesuai dengan tema Muktamar PAS kali ini iaitu ‘Islam jalan penyelesaian’ meliputi segenap aspek sama ada dari sudut sosialnya, ekonomi dan pemerintahan. 

Katanya pihaknya  empat negeri yang diperintah oleh PAS, dan memahami faham kuasa negeri dan persekutuan ini tidak sama kadang-kala berlaku pertindihan kuasa.

“Namun dalam konsep Islam dengan maksud kita buat apa yang boleh dibuat peringkat negeri. Dalam isu judi mungkin kuasa negeri kuasa kepada kita dalam sudut premis sahaja. 

“Kita boleh tutup sesebuah premis tetapi dalam soal kasino seperti di Genting Highland itu kita perlu lihat dari segi undang-undang apakah kerajaan negeri mampu tutup, kalau kita mampu insya-Allah kita akan tutup,” tegasnya.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing menang 17 daripada 42 kerusi DUN Pahang.

Pakatan Harapan (PH) pula memperolehi lapan kerusi. Bagaimanapun, BN-PH kemudiannya bergabung dan menyaksikan mereka meraih majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri. #malaysiakini




Demikianlah Artikel PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16

Sekianlah artikel PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/pas-pahang-sedia-tutup-premis-judi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Pahang Sedia Tutup Premis Judi, Kasino Di Genting Highlands Sekiranya Memenangi PRU-16"

Catat Ulasan

Loading...