Loading...

Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda

Loading...
Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda
link : Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda

Baca juga


Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda

KUANTAN: Seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang seorang lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol sehingga mendatangkan kecederaan.

Alias Awang, 44, mendakwa dia menjadi mangsa serangan berkumpulan itu di sebuah kandang kuda di sini, Jun lalu.

Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan itu memberitahu Malaysiakini, dia dihubungi oleh seorang individu dipercayai orang suruhan anak kerabat berkenaan untuk bertemu dengannya.

"Saya diserang oleh kira-kira 20 orang termasuk anak 'Tengku' berkenaan. Dalam kejadian itu seorang rakannya telah menyerang saya dengan menikam peha kanan saya dengan pisau.

"Anak Tengku berkenaan pula melepaskan tembakan ke arah kaki saya, namun tidak mengenai sasaran,” dakwanya yang membuat laporan polis pada 8 Jun, dua hari selepas kejadian.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan respons kerabat terbabit serta istana Pahang.

Alias (kiri) ketika membuat laporan polis

Alias, Bapa kepada lapan orang anak itu berkata, dia difahamkan serangan terhadapnya dibuat susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.

Berdasarkan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, Alias membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Alias mengalami kecederaan di bahagian paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki. 

Dia bagaimanapun menolak untuk ditahan di hospital, sebaliknya mahu melakukan penjagaan sendiri di rumah.

Berdasarkan laporan polis berkenaan, Alias mendakwa diserang sebaik tiba di lokasi kejadian dengan ditarik masuk ke dalam kabin kandang kuda.

Alias berkata, setakat ini dia telah dua kali dipanggil memberikan keterangan, termasuk terbaru beberapa hari lalu.

"Terbaru, beberapa hari lalu pihak polis memanggil saya ke balai untuk mendapat pengesahan saya nama pelaku yang telah menikam paha saya," katanya lagi.


Polis tahan tiga suspek utama

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi Malaysiakini berkata polis membuka siasatan bawah Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan kerana merusuh. 

Katanya, seramai tiga orang lelaki yang disyaki sebagai suspek utama dalam kes berkenaan telah ditangkap dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 

Dua lagi individu juga ditahan dan dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan, tambah Wan Mohd Zahari. 

Pegawai polis itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan mengenai penglibatan seorang kerabat diraja dalam kejadian tersebut. 

"Kita sudah membuat tangkapan terhadap suspek utama dalam kes ini," kata Wan Mohd Zahari.

Ditanya mengenai dakwaan mangsa berkenaan penggunaan sepucuk pistol dalam kejadian itu, dia berkata polis masih memeriksa dakwaan tersebut.

"Kita lihat sekiranya ada keperluan untuk siasat, kita akan siasat lebih lanjut (mengenai dakwaan tembakan),” katanya.

“Setiap sudut kita siasat," tambahnya. #malaysiakini



Demikianlah Artikel Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda

Sekianlah artikel Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/lelaki-cedera-kena-serang-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam, Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda"

Catat Ulasan

Loading...