Loading...

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Loading...
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini
link : Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Baca juga


Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

KUANTAN:  Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan selesai mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan ADUN lain.

Istiadat mengangkat sumpah dimulakan dengan Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri dan diikuti, Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Mohd Sharkar dalam ucapanya berkata, pemilihan ini dibuat berdasarkan beberapa pertimbangkan antaranya bagi meluaskan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat terutamanya dalam situasi politik dan sosial dan ekonomi yang mencabar.

"Tahniah, lantikan ini juga akan membantu Kerajaan Pahang dalam pentadbiran negeri," katanya.

Terdahulu, pelantikan kelima-limanya tanpa melalui proses pilihan raya itu diluluskan dan ia mendapat sokongan majoriti mudah selepas usul berkenaan dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tujuh ADUN yang menyokong ialah Datuk Seri Mohd Johari Hussain dari Tioman, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (Inderapura), Datuk Abd Aziz Mat Kiram (Batu Talam), Mohd Shahrim Md Zain (Chini), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Su Keong Siong (Ketari) dan Ho Chi Yang (Tanah Rata).

Pada November 2020, DUN Pahang telah meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima ADUN, tanpa melalui proses pilihan raya. #sinarharian



Demikianlah Artikel Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Sekianlah artikel Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/lima-ahli-dewan-undangan-negeri-adun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...