Loading...

Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000

Loading...
Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000
link : Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000

Baca juga


Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000

KUANTAN: Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM500,000 yang dirampas dari seluruh negeri ini sejak 2011 hingga tahun ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dadah terbabit sudah melalui proses prosiding mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan.

Beliau berkata proses pelupusan akan dilaksanakan esok oleh kontraktor bertauliah di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

"Dadah yang dilupuskan ialah heroin seberat 8.46 kilogram, methamphetamine (22.04 kilogram), kanabis (237.92 gram), ketamin (237.92 gram), nimetazepam (60.16 gram) dan yaba (149.19 gram). Turut dilupuskan ekstasi (56.06 gram), air ketum (4,840.85 liter) dan kodein (310.69 liter).

"Selain itu, pil psikotropik (0.10 gram) dan lain-lain seperti manitol, methylenedioxymethamphetamine (MDMA) serta etizolam (190.17 liter dan 127.57 gram) dengan keseluruhannya bernilai RM535,009.15 di pasaran," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas perkembangan siasatan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan gelaran Datuk palsu dari Pahang sejak setahun lepas, Yahaya berkata polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

"Individu terbabit berusia lewat 40-an... dia tidak terlibat dengan aktiviti penipuan (bukan guna Datuk untuk tawarkan penipuan pelaburan) tetapi dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu untuk mendapatkan jawatan tertentu," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengesan beberapa individu lain yang terlibat bagi membantu siasatan kes itu.

Sebelum ini, polis menerima laporan daripada sebuah pertubuhan mendakwa seorang individu yang juga ahli bersekutu menggunakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. #astroawani



Demikianlah Artikel Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000

Sekianlah artikel Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/polis-pahang-lupuskan-pelbagai-jenis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Pahang Lupuskan Pelbagai Jenis Dadah Rampasan Sejak 2011 Bernilai Lebih RM500,000"

Catat Ulasan

Loading...