Loading...

Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu

Loading...
Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu
link : Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu

Baca juga


Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu

KUANTAN: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.

Lantikan itu diputuskan pada Persidangan Konvensyen Biasa DAP negeri semalam bagi menggantikan pemimpin veteran parti itu, Datuk Leong Ngah Ngah yang menjadi Pengerusi DAP Pahang sejak 2015.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut menerusi kenyataan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Leong atas sumbangan selama beberapa dekad kepada DAP Pahang.

Menurut Lee, beliau bersama jawatankuasa kepimpinan baharu akan terus komited terhadap pembangunan negeri dan berusaha untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan berhadapan cabaran yang tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam konteks parti-parti dengan ideologi dan gaya kepimpinan yang berbeza bekerjasama dalam pentadbiran.

"Pengalaman dua tahun kebelakangan ini membuktikan model Kerajaan Perpaduan membawa hasil positif.

"Ia bukan sahaja memberikan kestabilan kepada negara, malah memacu transformasi ekonomi serta berjaya menangkis serangan perkauman dan ekstremisme agama," katanya.

Jawatankuasa baharu itu turut dianggotai bekas calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14, M. Manogaran sebagai Timbalan Pengerusi, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman bersama ADUN Mentakab Woo Chee Wan selaku Naib Pengerusi. #astroawani



Demikianlah Artikel Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu

Sekianlah artikel Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/timbalan-speaker-dun-pahang-lee-chin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen Di Pilih Sebagai Pengerusi DAP Pahang Baharu"

Catat Ulasan

Loading...