Loading...

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

Loading...
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini
link : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

Baca juga


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

KUANTAN: Sebanyak 763 kawasan panas berisiko banjir dikenal pasti pada fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka November ini sehingga Mac tahun depan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA), Che Adam A Rahman berkata, data itu diperoleh daripada ​Jabatan Pengairan dan Saliran ​(JPS) Pahang.

"Kawasan ini melibatkan kawasan di pinggir Sungai Pahang sepanjang 459 kilometer yang merentasi daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan.

"Temerloh menunjukkan kawasan tertinggi iaitu 185, diikuti Jerantut (106) Pekan dan Lipis masing-masing 89 serta 88 kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar persediaan APM Pahang menghadapi MTL di Ibu Pejabat APM di Jalan Beserah di sini, pada Jumaat.

Che Adam memaklumkan, pihaknya akan melakukan pemantauan secara berkala di kawasan itu berdasarkan ramalan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

"Sebagai contoh, kita mendapat maklumat awal berlaku hujan lebat di lokasi panas di Raub, pasukan pemantau wajib ke lokasi untuk melihat keadaan.

"Di samping itu, JPS juga menyediakan sistem amaran banjir di kawasan sungai dan difahamkan sistem pengujian siren tu berfungsi dengan baik di kawasan tersebut," ujarnya.

Beliau memberitahu ​seramai 6​60 anggota APM Pahang ​dengan ​56 aset ​darat dan 73 aset di air sudah bersedia menghadapi MTL.

Katanya, lima bot pancung sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)​ akan diagihkan di Kuala Tembeling, Kampung Pagi, Kampung Bantal​, Kuala Sat da​n Kuala Tahan di Jerantut.

Dalam pada itu, Che Adam menasihat orang ramai supaya tidak menyebar semula gambar dan video lama kejadian banjir atau jalan terputus sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk dan komuniti.

"Orang ramai diminta mendapatkan maklumat sahih daripada sumber yang boleh dipercayai termasuk media arus perdana.

"Ramalan sahih hanya diinterpretasi daripada MetMalaysia dan jabatan ini akan mengeluarkan amaran kuning, merah di mana berlakunya jangkaan hujan lebat dan sebagainya," ujarnya.

Sebanyak 858 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan dengan kapasiti seramai 166, 95 penduduk terjejas banjir. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

Sekianlah artikel Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/angkatan-pertahanan-awam-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini"

Catat Ulasan

Loading...