Loading...

Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan

Loading...
Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan
link : Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan

Baca juga


Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan

KUANTAN: Polis Pahang akan menjalankan siasatan terhadap Mohd. Sophian Mohd. Zain yang terkenal dengan panggilan Ustaz Sophian berikutan dakwaannya yang menyatakan bahawa peniaga di Medan Agro Kea Farm, Cameron Highlands terancam.

Terdahulu, tular di media sosial kisah 35 peniaga yang didakwa ditindas kerana sewa kedai di medan selera itu dinaikkan daripada RM500 kepada RM5,000 sebulan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis sudah pun membuka tiga kertas siasatan berhubung perkara itu.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Polis akan memanggil beberapa individu terlibat termasuk Ustaz Sophian dalam masa terdekat untuk mendapatkan keterangan bagi melengkapkan siasatan kes ini.

“Siasatan tertumpu kepada dakwaan mereka ini menyatakan bahawa peniaga-peniaga di kawasan berkenaan terancam malah dianaktirikan oleh beberapa pihak.

“Perkara demikian sepatutnya tidak berlaku memandangkan masih terdapat agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk dibuat aduan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Mohd. Sophian didakwa memuat naik video dan komen tentang dakwaan 35 peniaga di Cameron Highlands ditekan akibat kenaikan harga sewaan mencecah RM7,500 pada September lalu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang itu turut mendakwa ada kepincangan pengurusan yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) terhadap peniaga tempatan di pusat peranginan itu. #UtusanMalaysia



Demikianlah Artikel Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan

Sekianlah artikel Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/isu-peniaga-cameron-highlands-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Peniaga Cameron Highlands, Polis Pahang Akan Panggil Ustaz Sophian Untuk Rakam Keterangan"

Catat Ulasan

Loading...