Judul : Kamal Ashaari: TPM Dakwa Skim Tanah Rakyat FELDA Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan
link : Kamal Ashaari: TPM Dakwa Skim Tanah Rakyat FELDA Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan
Kamal Ashaari: TPM Dakwa Skim Tanah Rakyat FELDA Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan
KUALA LUMPUR: Kemajuan pelaksanaan Skim Tanah Rakyat FELDA Negeri Pahang di peringkat rancangan masih dalam peringkat perancangan, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada 27 September 2021, Dewan Rakyat dalam Perkara 89 oleh Perdana Menteri, menyatakan bahawa pelaksanaan semula model Pembangunan Perumahan Generasi Baharu FELDA (LGF) berasaskan konsep bina sendiri oleh generasi yang layak.
Menurutnya, melalui keputusan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMKN) pada 20 September 2023 dan surat makluman SUK.PHG-5.600- 3/10/4/1(62) bertarikh 14 Disember 2023 berkaitan pelaksanaan Skim Tanah Rakyat FELDA Negeri Pahang (STRFP) yang menggantikan skim Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA (LGF) di seluruh Negeri Pahang.
“Sehingga kini, sebanyak 73 tapak yang berada di dalam tanah rancangan FELDA di Negeri Pahang telah dikenal pasti.
“Kemajuan pelaksanaan di peringkat rancangan masih dalam peringkat perancangan yang berkehendakkan kerajaan negeri menyusun plan strategik berkenaan pemilihan peserta, pemberian hak milik lot-lot tapak rumah serta perbelanjaan Pembangunan,” ujarnya dalam jawapan kepada soalan Ustaz Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau).
Dalam soalannya, Ustaz Kamal meminta Perdana Menteri menyatakan status semasa projek-projek Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baru FELDA terutamanya di negeri Pahang dan langkah mitigasi daripada Kerajaan agar tidak mengulangi kegagalan projek-projek Perumahan Generasi Kedua FELDA.
Tambah Zahid, FELDA sedang menjalankan kerja ukur di tapak-tapak di atas yang akan disempurnakan seawal pada Disember 2024.
“Hasil daripada kerja pengukuran ini, pelan racikan akan dijalankan bagi menentukan jumlah lot-lot tapak untuk serahan kepada peserta yang layak,” ujarnya yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah. #Harakahdaily
Demikianlah Artikel Kamal Ashaari: TPM Dakwa Skim Tanah Rakyat FELDA Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan
Anda sekarang membaca artikel Kamal Ashaari: TPM Dakwa Skim Tanah Rakyat FELDA Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/kamal-ashaari-tpm-dakwa-skim-tanah.html

0 Response to "Kamal Ashaari: TPM Dakwa Skim Tanah Rakyat FELDA Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan"
Catat Ulasan