Loading...

Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana

Loading...
Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana
link : Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana

Baca juga


Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana

TEMERLOH: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di Pahang perlu memaklumkan hasrat mereka kepada Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi tujuan penyelarasan bantuan dan tugas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.

"Kita bukan mahu susahkan NGO tetapi ia bagi memudahkan pengaturan bantuan dan tugas dalam membantu mangsa banjir.

"Jika tidak, nanti akan berlaku pertindihan. Kita sememangnya mengalu-alukan bantuan NGO... kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang dan SK Mentakab di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata kerajaan Pahang amat berbesar hati atas pertolongan diberikan berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada kebanyakan mangsa banjir negeri ini terhadap layanan kepada mereka.

"Mereka menyatakan rasa puas hati kerana layanan yang diterima sangat baik terutama (membabitkan) makan, minum dan peralatan (bahkan) dari segi PPS juga, kita tidak mendapat sebarang rungutan.

"Saya menasihati orang ramai supaya patuh arahan pihak berkuasa. Jika diminta pindah, segeralah berpindah dan jangan balik sebelum diarahkan balik," katanya.

Beliau berkata pihaknya setakat ini belum bercadang memindahkan kampung yang sering dilanda banjir ke lokasi lain kerana perkara itu memerlukan kajian teliti selain proses mencari lokasi sesuai perlu mengambil tempoh yang panjang. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/wan-rosdy-elak-pertindihan-bantuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Rosdy: Elak Pertindihan Bantuan Banjir, NGO Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana"

Catat Ulasan

Loading...