Judul : Pahang Perkukuh Amalan 'Good Governance', Pastikan Setiap Sen Wang Negeri Di Urus Dengan Baik
link : Pahang Perkukuh Amalan 'Good Governance', Pastikan Setiap Sen Wang Negeri Di Urus Dengan Baik
Pahang Perkukuh Amalan 'Good Governance', Pastikan Setiap Sen Wang Negeri Di Urus Dengan Baik
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memperkukuhkan tadbir urus yang baik (good governance) dan memastikan setiap sen wang negeri diuruskan dengan baik.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, budaya kerja dalam menjaga intergriti itu melayakkan Pahang tersenarai antara lima negeri menerima pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara hari ini.
”Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang atas penerimaan Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang telah diumumkan oleh Ketua Audit Negara, pada Isnin.
“Ia juga mencerminkan komitmen penuh seluruh warga kerja kerajaan negeri dalam memastikan setiap prosedur kewangan dilaksanakan dengan cermat dan berhemah,” katanya ketika dihubungi.
Ujarnya, penerimaan sijil tersebut adalah pencapaian yang amat bermakna dan bukti terhadap kecekapan, ketelusan, dan integriti dalam pengurusan kewangan.
Wan Rosdy berharap kerajaan negeri terus mengorak langkah dengan lebih mantap demi memacu pembangunan negeri yang makmur untuk kesejahteraan rakyat.
Terdahulu lima negeri menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024 diumumkan.
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, menerusi kenyataan mengumumkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 menyenaraikan lima negeri berkenaan adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Pahang Perkukuh Amalan 'Good Governance', Pastikan Setiap Sen Wang Negeri Di Urus Dengan Baik
Anda sekarang membaca artikel Pahang Perkukuh Amalan 'Good Governance', Pastikan Setiap Sen Wang Negeri Di Urus Dengan Baik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/pahang-perkukuh-amalan-good-governance.html

0 Response to "Pahang Perkukuh Amalan 'Good Governance', Pastikan Setiap Sen Wang Negeri Di Urus Dengan Baik"
Catat Ulasan