Loading...

Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

Loading...
Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan
link : Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

Baca juga


Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan Dewan Negeri Pahang, Rizal Jamin menzahirkan rasa optimis dengan kedudukan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.

Beliau berkata, meskipun jumlah wakil rakyat PH yang berada dalam gabungan Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) di negeri itu minioriti namun banyak perkara telah berjaya dilakukan dalam kerjasama berkenaan.

Katanya, PH sudah mempunyai dua Exco, seorang Timbalan Speaker dan juga dua ADUN lantikan. 

''Selain itu, kita mempunyai 51 ahli majlis untuk keseluruhan Pahang.

''Kita juga sudah menandatangani perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan Pahang antara BN dan PH,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program Bual Bicara Suara Anak Madani Edisi Pahang, malam tadi yang menampilkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri sebagai moderator.

Susulan perkembangan itu, Rizal yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang berpendapat, kejayaan sedemikian perlu diraikan dan pada masa sama cuba memenuhi amanah yang diberikan masyarakat kepada wakil rakyat.

''Awal tadi saya ada cakap, iaitu fokus kita adalah untuk memberikan khidmat kepada rakyat. 

''Bagi saya, tidak guna kita dapat jawatan di apa-apa peringkat, tetapi tidak boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat, akhirnya akan makan diri kita semula. 

''Jadi, saya berharap rakan-rakan di bawah sana, kalaulah ada satu atau dua perkara yang belum selesai, kita jangan banyak merungut.

"Kita tumpu pada yang sedia ada iaitu kualiti berbanding kuantiti,'' ujar beliau yang juga merupakan Ketua KEADILAN Cabang Lipis.

Bual bicara itu turut menampilkan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan anggota baharu KEADILAN, Datuk Suhaimi Ibrahim sebagai panel. #SuaraKeadilan



Demikianlah Artikel Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

Sekianlah artikel Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/rizal-jamin-keadilan-pahang-tumpu-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rizal Jamin: KEADILAN Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan"

Catat Ulasan

Loading...