Judul : Hantaran Fitnah, Istana Pahang Nafi Kaitan Hantaran Istiadat Perkahwinan Tengku Mahkota Pahang
link : Hantaran Fitnah, Istana Pahang Nafi Kaitan Hantaran Istiadat Perkahwinan Tengku Mahkota Pahang
Hantaran Fitnah, Istana Pahang Nafi Kaitan Hantaran Istiadat Perkahwinan Tengku Mahkota Pahang
KUANTAN: Istana Pahang menafikan ada sebarang kaitan dengan hantaran atau maklumat palsu berkenaan perkahwinan diraja membabitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita yang tular di laman media sosial Instagram sejak 24 September lalu.
"Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.
"Maklumat berkenaan adalah palsu dan tiada kaitan dengan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang," menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini.
Istana Pahang memaklumkan bahawa tindakan tegas boleh diambil kepada individu terbabit atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.#HarianMetro
Demikianlah Artikel Hantaran Fitnah, Istana Pahang Nafi Kaitan Hantaran Istiadat Perkahwinan Tengku Mahkota Pahang
Anda sekarang membaca artikel Hantaran Fitnah, Istana Pahang Nafi Kaitan Hantaran Istiadat Perkahwinan Tengku Mahkota Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/hantaran-fitnah-istana-pahang-nafi.html


0 Response to "Hantaran Fitnah, Istana Pahang Nafi Kaitan Hantaran Istiadat Perkahwinan Tengku Mahkota Pahang"
Catat Ulasan