Loading...

Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

Loading...
Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan
link : Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

Baca juga


Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

KUANTAN: Polis menafikan wujud kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di daerah ini seperti tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata sebaliknya kejadian hanya membabitkan kecederaan pada leher kanak-kanak itu akibat perbuatan jirannya, seorang lelaki berusia 25 tahun yang mempunyai pertalian keluarga.

Katanya, berdasarkan laporan, pihaknya menerima maklumat awal daripada orang awam melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kuantan pada jam 7.45 malam semalam yang memaklumkan berlaku pergaduhan membabitkan senjata sehingga ada yang tercedera.

"Susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Jaya Gading diarahkan ke lokasi kejadian. Hasil siasatan awal mendapati kejadian membabitkan seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa yang mempunyai pertalian saudara.

"Mangsa dicederakan oleh individu berusia 25 tahun menggunakan garfu di bahagian leher. Akibat kecederaan itu, mangsa melarikan diri ke rumah jirannya.

"Ini menyebabkan berlaku kekecohan antara jiran dan individu yang mencederakan kanak-kanak itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata mangsa dan individu terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk menerima rawatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius selain dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, individu berusia 25 tahun itu yang juga pelajar sebuah universiti awam itu mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu.

"Suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian air kencing juga negatif daripada salah guna dadah. Siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan.

"Dalam kes ini, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat," katanya. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

Sekianlah artikel Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/polis-nafi-wujud-kes-seorang-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...