Loading...

Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng

Loading...
Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng
link : Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng

Baca juga


Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut GISB Holdings (GISBH) sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.

Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa mengadakan mesyuarat khas pada Rabu lalu.

Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata golongan yang disebut sebagai menyeleweng dan sesat itu jika mereka meneruskan kepercayaan serta amalan dalam Aurad Muhammadiah dibawa oleh al-Arqam, yang diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.

Beliau berkata, fatwa itu mencakupi golongan yang disebut mempercayai bahawa Ashaari Muhammad yang sudah meninggal dunia pada 2010 tidak mati, sebaliknya ghaib.

"Bahawa keputusan ini meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran terbabit di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah atau mana-mana kumpulan yang wujud atau akan diwujudkan.

"Sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak," katanya.

Sehubungan itu, Asmadi mahu semua pihak berkuasa termasuk agensi berkaitan bekerjasama bagi merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantaun pengikut GISBH.

Katanya, kerjasama membabitkan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan pelbagai lain.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar.

Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya batiniah, menjadikan ia negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng

Sekianlah artikel Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/sultan-pahang-memperkenankan-fatwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan Menyeleweng"

Catat Ulasan

Loading...