Loading...

Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu

Loading...
Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu
link : Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu

Baca juga


Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu

KUANTAN: Lima termasuk seorang kerabat Pahang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud,44 dan Khairul Azhar Rosli, 38 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa secara bersama mencederakan seorang lelaki, Alias Awang, 44 menggunakan pisau hingga mangsa mengalami kecederaan pada paha kanan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di sini pada 6 Jun lalu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dari dua hukuman tersebut.

Pendakwaan dijalankan tiga Timbalan Pendakwa Raya diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Shahrizat Ismail di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Ekoran pengakuan tidak bersalah tertuduh itu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.

"Tiga daripada mereka sudah berkeluarga dan menyara keluarga termasuk ibubapa yang uzur dan menghidap penyakit," katanya sebagai alasan bagi memohon jumlah jaminan paling rendah.

Sementara itu, Peguam Mohamed Badrulzzaman Abu Bakar yang mewakili, anggota polis, Mohd Fouzi juga merayu satu jumlah jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya itu kini digantung tugas.

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan ke atas setiap tertuduh dikurangkan kepada RM7,000 manakala 11 Disember depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan mendakwa cedera diserang sekumpulan individu termasuk seorang bergelar kerabat.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Kejadian mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila baginda mahu pihak polis segera menyiasat dakwaan itu. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu

Sekianlah artikel Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/kerabat-pahang-antara-lima-yang-didakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerabat Pahang Antara Lima Yang Didakwa Telah Mencederakan Seorang Lelaki Guna Pisau Jun Lalu"

Catat Ulasan

Loading...