Loading...

Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh

Loading...
Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh
link : Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh

Baca juga


Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh

TEMERLOH: Polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai mencuri kabel tembaga milik syarikat telekomunikasi di hadapan sebuah rumah di Taman Keramat dekat Mentakab di sini pada awal pagi semalam.

Sebelum itu, klip video berdurasi 1 minit 44 saat tular di platform TikTok seorang lelaki yang merakam video sedang memarahi lelaki yang sedang menarik kabel dari lurang pembentung dan menyangkutnya pada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, penduduk terbabit iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun terdengar bunyi bising sebelum bertindak keluar dan melihat dua kenderaan iaitu Toyota Wish dan Honda HRV berada di hadapan kawasan rumahnya.

"Pengadu melihat ada sekumpulan lelaki dipercayai tujuh orang sedang mencuri kabel dari dalam lurang pembentung yang berada di hadapan rumahnya.

"Pengadu berada dalam kawasan pagar rumah yang berkunci telah bertindak merakam video aksi sekumpulan lelaki tersebut.

"Pengadu turut memarahi sekumpulan lelaki tersebut sehingga salah seorang suspek bertindak membaling botol plastik namun sempat dielak," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan adalah palsu manakala lokasi kejadian tidak mempunyai pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan.

Jelasnya, pihak syarikat telekomunikasi terbabit telah membuat laporan polis dan mengesahkan terdapat kabel milik mereka yang telah dipotong di kawasan lurang pembentung di taman terbabit.

"Anggaran kabel yang dilarikan antara 5 hingga 10 meter dan jumlah sebenar kerugian dianggarkan kira-kira RM500," tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mazlan meminta kerjasama pihak terbabit untuk memastikan sisa kabel tembaga yang ada dilupuskan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Risiko terutamanya bagi pengguna jalan raya kerana bila kabel ini dicuri menyebabkan penutupnya dialihkan dan ini boleh mengundang bahaya serta keselamatan pengguna," jelasnya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh

Sekianlah artikel Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/polis-buru-sekumpulan-lelaki-dipercayai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Buru Sekumpulan Lelaki Dipercayai Curi Kabel Tembaga Milik Syarikat Telekomunikasi Di Temerloh"

Catat Ulasan

Loading...