Loading...

Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas

Loading...
Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas
link : Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas

Baca juga


Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy dan dua rakan wanitanya daripada pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, menjual rakaman video lucah serta memiliki bahan lucah.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan waran tangkap yang dikeluarkan pada prosiding sebelum ini terhadap kesemua tertuduh tidak dapat diserahkan kepada mereka.

Selain Hot Daddy, atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, mahkamah turut melepas tanpa membebaskan Norshazrina Md Zamri dan Norhidayah Mahadi.

Siti Shakirah berkata usaha mengesan tertuduh telah diserahkan kepada pihak pendakwaan sebanyak tiga kali namun waran tangkap masih belum dapat disempurnakan.

"Mahkamah juga merekodkan kesemua penjamin gagal hadir dan gagal memberi sebarang penjelasan mengenai ketidakhadiran semua tertuduh hingga tarikh hari ini.

"Oleh itu, mahkamah melepas tanpa membebaskan ketiga-tiga tertuduh ini sehingga waran tangkap dapat disempurnakan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip berkata waran tangkap yang dikeluarkan sebelum ini ke atas ketiga-tiga tertuduh yang gagal hadir semasa sebutan kes tidak dapat disempurnakan dan mereka masih dalam pengesanan polis.

"Notis kepada penjamin telah diserahkan namun penjamin tidak pernah hadir untuk memberi penjelasan mengenai ketidakhadiran tertuduh," katanya.

Hasli Ikhwan Arif, 32, Norshazrina, 27, dan Norhidayah, 24, didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X NOTYOURDADDYY (@HOTDADDYYXX) menyebabkan orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini pada 10.10 pagi 16 Jan 2024 mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa menjual rakaman video lucah di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini pada 11.54 malam 15 Jan lepas mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hasli Ikhwan dan Norhidayah turut berdepan pertuduhan memiliki bahan lucah di Pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada 4 petang 22 Jan 2024 mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas

Sekianlah artikel Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/gagal-serahkan-waran-tangkap-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gagal Serahkan Waran Tangkap, Lelaki Dikenali 'Hot Daddy' Dan Dua Wanita Dilepas Tanpa Dibebas"

Catat Ulasan

Loading...