Loading...

Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko

Loading...
Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko
link : Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko

Baca juga


Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko

PEKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, di sini menjadi sekolah pertama di daerah ini ditenggelami banjir berikutan limpahan air Sungai Pahang yang berlaku di kawasan terbabit.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Azmi Abdul Rashid, berkata air mula melimpah masuk ke kawasan sekolah sejak minggu lalu dan air di paras kira-kira 0.56 meter.

Beliau berkata, hampir setiap tahun SK Temai yang terletak berhampiran Sungai Pahang ditenggelami banjir berikutan hujan berterusan dan limpahan air Sungai Pahang.

Katanya, minggu lalu limpahan air disebabkan hujan namun sejak semalam limpahan air berlaku selepas paras air Sungai Pahang meningkat seterusnya masuk ke kawasan sekolah.

"Kita memutuskan tidak membenarkan murid datang ke sekolah, sesi pembelajaran kini menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Hanya guru sahaja yang berada di sekolah untuk mengajar selain menguruskan tugas lain.

"SK Temai mempunyai seramai 136 murid, kini semua murid belajar di rumah. Sebelum ini guru berkunjung ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bertujuan untuk mengajar secara bersemuka," katanya, dihubungi di sini semalam.

Beliau menjelaskan, sebelum ini sering berlaku banjir termenung di SK Temai hingga memaksa agensi berkaitan menggunakan pam bergerak untuk menyedut air keluar dari dalam kawasan sekolah.

Azmi berkata, banjir di daerah ini lazimnya mengambil masa panjang untuk surut sehingga menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilakukan oleh pihak sekolah dan penduduk setempat.

Katanya, apabila banjir melanda terdapat juga sekolah yang terputus hubungan berikutan jalan utama dinaiki air. Bagi memastikan tidak berlaku kerosakan pada barangan dan peralatan sekolah, termasuk buku aktiviti, semuanya dipindahkan ke tingkat atas bangunan setiap tiba Monsun Timur Laut.

"Terdapat beberapa sekolah rendah dan menengah di daerah ini dikenal pasti sering ditenggelami banjir setiap kali tiba Monsun Timur Laut. Ada juga sekolah yang dijadikan PPS," katanya. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko

Sekianlah artikel Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/limpahan-air-sungai-pahang-banjiri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Limpahan Air Sungai Pahang Banjiri Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pelajar Diarahkan Cuti Elak Risiko"

Catat Ulasan

Loading...