Judul : Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan
link : Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan
Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan
KUANTAN: Seramai 400 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan jabatan negeri, badan berkanun dan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) ditugaskan untuk membantu kawasan terkesan akibat banjir di Kelantan.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata, misi berkenaan akan digerakkan pada Khamis dan difokuskan ke Tumpat, Kelantan.
Pasukan sukarelawan menaiki kenderaan bas, van itu bergerak tengah malam tadi dan gimik perlepasan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Taman Gelora di sini.
Menurut Zulkifli, misi bantuan pasca banjir sukarelawan Pahang ke Kelantan sebagai komitmen terhadap usaha kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.
“Tumpuan akan diberikan kepada usaha pembersihan rumah dan sekolah yang terjejas, serta pengagihan bantuan kepada komuniti yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Zulkifli, bantuan tersebut digerakkan bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terkesan.
”Kesungguhan Kerajaan Pahang dalam membantu komuniti yang terjejas, terutamanya dalam menghadapi impak bencana ini dilaksanakan melalui kerjasama dan sokongan semua pihak.
“Kita menyeru semua pihak untuk bersama-sama menyokong inisiatif murni ini demi kesejahteraan bersama,” ujarnya. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan
Anda sekarang membaca artikel Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/menteri-besar-lepaskan-400-orang.html
0 Response to "Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan"
Catat Ulasan