Loading...

Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

Loading...
Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak
link : Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

Baca juga


Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

KUANTAN: PAS menyifatkan pihak yang mendakwa parti itu menunggang isu titah adendum berkaitan perintah tahanan rumah terhadap Najib Razak sebagai tidak memahami isu sebenar.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Andansura Rabu menjelaskan, kehadiran mereka semasa himpunan solidariti terhadap bekas perdana menteri itu di Putrajaya Isnin lalu adalah untuk melihat ketelusan kerajaan berkaitan kewujudan titah berkenaan.

"Orang itu tak faham isu, dia kalau nak berpolitik kena tengok isu... boleh saja kita nak cakap apa-apa. Kerajaan pun tunggang isu ini juga.

"Kita nak bagitau, kita bukan bercakap pasal membela kleptokrasi, bukan nak membela atas batang tubuh individu tertentu.

"Kalau bersalah, jatuhkan hukuman... rakyat cuma nak tahu, (Adendum itu) ada atau tidak... itu saja," katanya ketika sidang media selepas hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang, hari ini.

Terdahulu, PAS Pahang membuat tujuh laporan polis berkaitan titah adendum berkenaan.

Manakala Bersatu Pahang membuat tiga laporan polis ke atas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin yang didakwa mempertikaikan titah tersebut.

Dalam pada itu, Andansura menggambarkan kerajaan hari ini tersilap langkah apabila bertindak menyembunyikan perkara sebenar berkaitan titah adendum itu.

Katanya, kalau dari awal kerajaan berterus-terang dalam hal itu, Najib tak perlu membawa perkara terbabit ke mahkamah.

"Apa yang berlaku sekarang adalah kerajaan sudah tersalah langkah... mereka memandang rendah kemampuan rakyat untuk mendapatkan maklumat.

"Dia (kerajaan) ingat dia boleh sorok, rakyat tak tahu... strategi menyembunyikan perkara penting ini akan makan tuan, jadi kerajaan bersedialah untuk jatuh," tegasnya lagi.

Ditanya mengenai ketiadaan wakil daripada parti lain yang tampil membuat laporan polis berkaitan titah adendum, Andansura berkata parti lain mungkin mempunyai kepentingan tertentu.

Minggu lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut dan melaksanakannya.

Pasukan peguam Najib menyerahkan sepucuk surat dari Istana Pahang yang mengesahkan kewujudan titah itu untuk menyokong rayuannya.

PAS dan Bersatu sebelum ini mendakwa kerajaan "bersubahat" untuk menyembunyikan adendum tersebut. #Malaysiakini



Demikianlah Artikel Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

Sekianlah artikel Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/01/andansura-pas-bukan-membela-kleptokrasi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Andansura: PAS Bukan Membela 'Kleptokrasi', Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak"

Catat Ulasan

Loading...