Judul : Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang
link : Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang
Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang
Bercakap dalam rancangan Temu Bual Eksklusif : Titah Adendum di Radio Bernama pada Rabu, Shamsul menyifatkan pengesahan tersebut harus datang dari Istana Negara bukannya Istana Pahang kerana Titah tersebut dibuat melalui saluran Istana Negara.
“Apa yang dilakukan oleh anak Datuk Seri Najib ialah memfailkan perakuan daripada Istana Pahang, memperakukan titah yang disebutkan Titah Addendum atau titah tambahan. Tapi itu dikeluarkan oleh Istana Pahang.”
“Perlu diingat Lembaga Pengampunan ini dilakukan di Istana Negara, maksudnya kuasa Yang Di-Pertuan Agong. So sewajarnya perkara tersebut diperakukan oleh Istana Negara. Oleh Yang Di-Pertuan Agong.”
“Sebab itu timbul pertikaian, boleh atau tidak Istana Pahang memperakukan suatu titah yang dikatakan itu, yang dikatakan dikeluarkan oleh Istana Negara,” ujar Shamsul.
Menyambung wawancara Shamsul juga mengingatkan media untuk memberi penerangan kepada rakyat supaya jangan percaya kepada fitnah.
Bagaimanapun tidak pasti apa yang dirujuk oleh Shamsul sebagai fitnah, sama ada surat Istana Pahang atau isu lain.
“Sebab itu pada saya, satu perkara yang harus kita akui, dengan adanya perka-perkara ini, ia menambahkan lagi wacana tentang perkara ini. Sebab itulah dalam konteks ini kita kena beri kefahaman kepada rakyat jangan percaya kepada fitnah dan corong-corong propaganda ini. Kita harus akui this the facts, ini fakta dia,” tambah Shamsul lagi.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar memberi gambaran kemungkinan Pejabat Peguam Negara akan merayu ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam kes semakan kehakiman membabitkan Titah Addendum. #SuaraTV
Demikianlah Artikel Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang
Anda sekarang membaca artikel Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/01/setiausaha-politik-perdana-menteri.html
0 Response to "Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang"
Catat Ulasan