Loading...

Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Loading...
Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani
link : Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Baca juga


Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

KUANTAN: PAS Pahang mengecam tindakan Kerajaan Madani yang didakwa menyembunyikan kewujudan Titah Adendum dan cuba menutup kebenaran dengan alasan 'subjudis'.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Aireroshairi Roslan turut mempersoalkan sikap enam jabatan kerajaan yang didakwa membisu terhadap surat pertanyaan dihantar oleh Datuk Seri Najib Razak sebelum kes ini dibawa ke mahkamah.

“Siapakah yang mengarahkan mereka untuk menutup mulut? Tindakan ini membuktikan wujudnya usaha menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa cuba mempersoalkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Aireroshairi, tindakan terbabit adalah satu bentuk penghinaan terhadap institusi diraja yang perlu disiasat di bawah kesalahan Raja, Agama dan Kaum (3R)

“Lebih memalukan, mereka membawa persepsi kononnya keputusan baginda akan mewujudkan ‘precedent’ untuk banduan elitis.

"Mereka seolah-olah mencadangkan Seri Paduka Baginda tidak bijaksana dalam membuat keputusan, sedangkan rekod baginda dalam menangani krisis politik negara tidak pernah dipertikaikan,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadap PAS yang didakwa menderhaka kepada raja, sedangkan kerajaan hari ini didakwa lebih jelas tidak mematuhi titah Agong dalam beberapa isu sebelum ini.

"Bukankah ini satu bentuk penderhakaan yang lebih besar? Sejarah membuktikan kebijaksanaan tindakan baginda dalam menangani isu-isu besar negara, termasuk krisis ketika peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Aireroshairi turut mempersoalkan tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dengan bertanya, jika benar kerajaan tidak menyembunyikan sebarang perkara, mengapa pertanyaan yang dihantar kepada enam jabatan penting kerajaan tidak dijawab?.

"Adakah ini mencerminkan ketelusan yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan Madani, keberanian ahli PKR mempersoalkan kuasa prerogatif Agong adalah satu penghinaan yang tidak boleh diterima," ujarnya

Sehubungan itu, beliau menggesa agar pihak berkuasa menyiasat segera ahli PKR yang telah menghina institusi diraja ini.

"Jika berani bercakap tentang keadilan, saya mencabar mereka untuk meminta Perdana Menteri mereka menyambung semula baki hukuman beliau!," katanya.#SinarHarian



Demikianlah Artikel Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Sekianlah artikel Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/01/tindakan-sembunyi-kewujudan-titah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum, PAS Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani"

Catat Ulasan

Loading...