Loading...

Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan

Loading...
Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan
link : Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan

Baca juga


Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan


KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Di Pahang, jumlah penduduk terjejas di daerah Rompin yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Jawa setakat 8 malam ini meningkat kepada 168 orang daripada 40 keluarga, berbanding 152 orang daripada 36 keluarga petang tadi.

Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Pantai 3, 4 dan Kampung Jawa.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 2,584 orang berbanding 3,118 orang direkodkan petang tadi, yang berlindung di 31 PPS di empat daerah terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan Kota Tinggi kekal mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 1,354 orang, diikuti Pontian (643), Kluang (534) dan Johor Bahru 53 orang.

Di Sarawak, jumlah penduduk terjejas yang dipindahkan ke dua PPS di Kanowit, Sarawak malam ini kekal 40 orang.

Sekretariat JPBN Sarawak memaklumkan PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit menempatkan 20 penduduk daripada 13 keluarga, manakala 20 penduduk lagi ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Nanga Ngungun.

Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas kekal 31 individu melibatkan sembilan keluarga di daerah Manjung setakat 8 malam ini.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar masih ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung. #BeritaRTM



Demikianlah Artikel Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan

Sekianlah artikel Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/01/banjir-jumlah-penduduk-terjejas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Banjir: Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat, Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan"

Catat Ulasan

Loading...