Loading...

Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024

Loading...
Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024
link : Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024

Baca juga


Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024


KUANTAN: Sebanyak 2,263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata nilai berkenaan menunjukkan peningkatan 59 peratus berbanding tahun sebelumnya selain sebanyak 1,776 tangkapan dicatatkan pada 2024.

“Sebanyak 929 kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah, sekali gus mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) pertuduhan yang ditetapkan iaitu 53.1 peratus,“ katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri mencatatkan kejayaan membanggakan tahun lepas apabila merekodkan peratusan penyelesaian kes sebanyak 61.28 peratus dengan daerah Pekan mengungguli sebanyak 80.65 peratus.

“Selain itu, terdapat penurunan jumlah indeks jenayah kekerasan iaitu 387 kes berbanding 409 kes pada 2023, menunjukkan JSJ Pahang berada di landasan tepat dalam memastikan keselamatan negeri pada tahap optimum,“ katanya.

Mengulas prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, beliau berkata sebanyak 12,466 kes dengan 13,814 jumlah tangkapan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah telah direkodkan tahun lepas.

“Nilai rampasan dadah menunjukkan peningkatan RM7 juta berbanding 2023 di samping nilai sitaan harta berkaitan dadah dianggarkan RM1.8 juta. Kadar penyelesaian kes jenayah narkotik juga merekodkan 11,350 kes berjaya diselesaikan iaitu bersamaan 95 peratus,“ katanya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang mencatatkan 419 kes bagi kemalangan maut pada 2024 iaitu penurunan 25 kes berbanding tahun sebelumnya. #TheSun



Demikianlah Artikel Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024

Sekianlah artikel Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/01/polis-pahang-rekod-kerugian-jenayah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak RM95 Juta Pada Tahun 2024"

Catat Ulasan

Loading...