Loading...

Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota

Loading...
Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota
link : Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota

Baca juga


Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota


KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Berangkat sama ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera.

Turut serta, Che Puan Panglima Raja Puteri Suraiya Afzan Dato’ Indera Mohamed Moiz serta  Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Astana Negeri Sarawak menerusi hantaran di media sosial, dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan, termasuk hal ehwal semasa serta kerjasama dua hala yang boleh dimanfaatkan bersama oleh kedua-dua negeri.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu jam dan diakhiri dengan Majlis Santapan Tengah Hari.in

Tun Wan Junaidi menjunjung kasih atas limpah perkenan serta mendoakan agar Al-Sultan Abdullah dan seluruh keluarga dirahmati kesihatan, dipermudahkan segala urusan pemerintahan dan semoga Pahang terus maju dan makmur.

Lawatan rasmi ini merupakan lawatan yang pertama bagi beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke Pahang dan akan berlangsung selama tiga hari sehingga 12 Februari. #TVSarawak



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota

Sekianlah artikel Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/sultan-pahang-terima-menghadap-yang-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Terima Menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota"

Catat Ulasan

Loading...