Judul : Kenyataan MP Raub Seharusnya Ditolak, Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam
link : Kenyataan MP Raub Seharusnya Ditolak, Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam
Kenyataan MP Raub Seharusnya Ditolak, Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam
KUANTAN: Tiada keperluan bagi kerajaan untuk mewujudkan jawatan menteri atau kementerian khusus berkaitan masyarakat bukan Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui di Dewan Rakyat berkaitan isu itu seharusnya ditolak sepenuhnya kerana boleh mencetuskan polemik dan mendatangkan kemarahan masyarakat Melayu Islam terhadap kerajaan.
Menurutnya, setiap kenyataan dan pandangan melibatkan perubahan kepada dasar dan polisi sedia ada perlu mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan dan berupaya menjamin kestabilan serta keharmonian yang telah dipupuk pengasas negara ini sejak sekian lama.
"UMNO menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia.
"Begitu juga masyarakat bukan Islam, mereka bebas mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa halangan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Rosdy berkata, prinsip itu telah lama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan negara.
"Tradisi kabinet Malaysia yang dianggotai ahli pelbagai kaum sudah menjamin segala masalah rakyat disuarakan oleh wakil masing masing," ujarnya. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Kenyataan MP Raub Seharusnya Ditolak, Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam
Anda sekarang membaca artikel Kenyataan MP Raub Seharusnya Ditolak, Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/kenyataan-mp-raub-seharusnya-ditolak.html
0 Response to "Kenyataan MP Raub Seharusnya Ditolak, Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam"
Catat Ulasan