Loading...

Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

Loading...
Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis
link : Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

Baca juga


Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun hari ini, dipercayai suspek kes bunuh wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan di sebuah rumah, kawasan perumahan Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira jam 5.30 pagi.

Katanya, turut dirampas bersama suspek ialah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

"Pihak polis akan membuat permohonan tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh terbabit.

"Pihak polis berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37 ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam.

Susulan itu, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik dari HTAA menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

"Suspek bukan berasal dari negeri ini (Pahang) tetapi menetap di daerah ini. Tiada sebarang hubungan antara suspek dan mangsa.

"Mangsa menjalankan perniagaan makanan secara dalam talian, manakala suspek memesan makanan daripada mangsa," katanya semalam.

Yahaya berkata, punca kematian belum dikenal pasti kerana sedang menunggu proses bedah siasat terhadap mangsa di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Beliau berkata, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Kes itu turut mendapat perhatian Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan menziarahi keluarga mangsa bunuh di HTAA.

Baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam kunjungan itu, baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31.

Pada masa sama, baginda bertitah, hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek terbabit jika disabitkan atas kesalahan membunuh.

"Kejam dan tidak berperikemanusiaan," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, semalam. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

Sekianlah artikel Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/suspek-kes-peniaga-wanita-disamun-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis"

Catat Ulasan

Loading...