Loading...

Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu

Loading...
Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu
link : Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu

Baca juga


Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu

KUANTAN: Polis mengesahkan suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, telah menggadaikan gelang emas milik mangsa di sebuah pajak gadai di Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati motif utama pembunuhan adalah samun dan suspek mengambil barang kemas sebelum melarikan diri.

Menurut Wan Mohd Zahari, beliau juga tidak menolak kemungkinan gelang yang digadai bernilai sekitar RM30,000.

"Kita turut merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen bagi membantu siasatan.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah sebenar barang kemas yang telah digadai," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, proses merakam keterangan daripada suspek dan beberapa saksi utama bermula pada Ahad.

“Semalam (Sabtu), suspek baru direman dan hari ini kita akan memulakan proses siasatan lanjut.

"Selepas semua prosedur selesai, kenyataan terperinci mengenai kes ini akan diumumkan,” katanya.

Suspek berusia 53 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu, kira-kira jam 5.30 pagi pada Sabtu.

Majistret Nor Izzati Zakaria membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 21 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Februari lalu dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Mangsa yang menguruskan urus niaga hantaran tunai (COD) makanan dikatakan keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan yang juga suspek kes pembunuhan kejam tersebut.

Suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, tidak menyangka suspek yang peramah dan kelihatan baik sanggup membunuh isterinya.#SinarHarian



Demikianlah Artikel Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu

Sekianlah artikel Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/suspek-kes-bunuh-norshamira-zainal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Suspek Kes Bunuh Norshamira Zainal Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000 Di Kuala Terengganu"

Catat Ulasan

Loading...