Loading...

Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah

Loading...
Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah
link : Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah

Baca juga


Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah

BENTONG: Keprihatinan kerajaan negeri terhadap pelajar di Pahang diteruskan menerusi pelaksanaan Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) dengan peruntukan RM9 juta pada tahun ini.

Bagi program tersebut, kesemua murid Tahun 1 di Pahang menerima kit peralatan persekolahan bernilai RM100 seorang manakala pelajar Tahun Dua sehingga Tingkatan 5 diberikan kepada bagi kategori miskin tegar.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insiatif tersebut memberi manfaat kepada 90,000 pelajar seluruh Pahang untuk sesi persekolahan tahun ini menerusi pemberian kit keperluan peralatan persekolahan bernilai RM100 seorang.

Menurutnya, objektif utama program tersebut adalah untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan peralatan persekolahan kepada anak-anak mereka.

"Program ini diadakan di seluruh negeri Pahang secara serentak hari ini (Isnin) dan sumbangan akan diserahkan oleh Exco atau ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan ADUN Lantikan atau penyelaras DUN atau wakil mereka.

"Saya percaya bantuan ini memberi sedikit kelegaan kepada ibubapa. Kalau mereka ada dua orang anak kembar sudah RM200 kena belanja, jadi bantuan ini dapat ringankan beban,"katanya.

Beliau ditemui selepas menyantuni murid sempena Program Tunas Makmur Set Bantuan Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik di sini pada Isnin.

Set bagi sekolah menengah turut menyediakan set geometri dan kalkulator saintifik bagi keperluan mereka.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga tidak meminggirkan mereka yang tidak mendapat bantuan tersebut menerusi pemberian Kad Diskaun Tunas Makmur.

"Bagi mereka yang tidak mendapat set bantuan ini, kerajaan negeri akan memberikan kad diskaun yang memberikan potongan sehingga 30 peratus untuk berbelanja di MBS Bookstore di seluruh negeri Pahang.

"Kad ini juga diberikan kepada semua pelajar IPT, guru, pensyarah bagi membolehkan mereka membeli peralatan pembelajaran," tambahnya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah

Sekianlah artikel Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/peruntukkan-rm9-juta-program-tunas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peruntukkan RM9 Juta Program Tunas Makmur: 90,000 Pelajar Di Pahang Terima kit Peralatan Sekolah"

Catat Ulasan

Loading...