Judul : Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021
link : Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021
Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021
KUALA LUMPUR: Tonggak Sri Pahang, Sergio Aguero membuat coretan penuh emosi mengenai skuad Tok Gajah bermula dari hari pertama dia menyertai pasukan Pantai Timur itu pada 2021.
Coretan yang dibuat di laman Instagram miliknya itu turut mencetuskan persoalan mengenai masa depannya dengan dia menegaskan bahawa Pahang sentiasa berada di hati tidak kira ke mana perjalanan kariernya selepas ini.
Bagaimanapun, pada penghujung coretan panjang itu, Aguero menjelaskan bahawa ia bukanlah ucapan selamat tinggal.
Menerusi coretan berkenaan, pemain naturalisasi itu turut menzahirkan ucapan terima kasih yang istimewa kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
"Tengku mengangkat saya daripada kosong, percaya pada saya ketika hanya segelintir yang melakukannya dan melayan saya seperti anak sendiri.
"Saya akan sentiasa berhutang budi dan selamanya bersyukur atas segala yang Tengku lakukan termasuk sebagai pemain dan sebagai manusia," tulis Aguero.
Sri Pahang ketika ini masih belum pasti sama ada akan kekal atau tidak dalam Liga Super musim depan selepas terdapat laporan sebelum ini bahawa naib juara Piala Malaysia 2024-2025 itu akan menarik diri.
Sebelum ini, Tengku Abdul Rahman ketika ditanya sama ada Sri Pahang masih bersaing dalam Liga Super musim depan berkata: "Tahun depan saya minta undur diri."
Selain itu, Aguero turut berterima kasih kepada pengurusan Sri Pahang, pemain, jurulatih dan penyokong yang melayannya dengan baik seperti satu keluarga sejak menyertai skuad itu, lima tahun lalu.
Malah, pemain tengah menyerang berusia 31 tahun itu menjelaskan bahawa sukar untuknya ungkapkan dengan kata-kata apa makna Pahang dalam hidupnya.
"Lima tahun lalu, saya tiba di sini sebagai orang asing. Saya tidak tahu apa yang bakal saya hadapi dan yang saya ada hanyalah impian dan hati yang penuh harapan.
"Setiap pertarungan di padang, setiap detik kemenangan dan kekalahan, saya memakai jersi Pahang dengan kebanggaan kerana saya tahu saya sebahagian daripada sesuatu yang istimewa.
"Disebabkan Pahang, saya bukan sahaja berkembang sebagai pemain, tetapi juga sebagai seorang insan dan dengan restu anda, saya dapat memanggil Malaysia sebagai rumah saya dengan diberikan taraf kewarganegaraan.
"Penghormatan itu akan saya bawa bersama sepanjang hidup saya. Tidak kira ke mana bola sepak membawa saya selepas ini, Pahang akan sentiasa dalam hati saya.
"Ini bukan ucapan selamat tinggal. Ini adalah janji bahawa saya akan selamanya menjadi sebahagian daripada keluarga Pahang. Terima kasih Pahang, anda mengubah hidup saya," katanya. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021
Anda sekarang membaca artikel Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/coretan-penuh-emosi-sergio-aguero-buat.html

0 Response to "Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021"
Catat Ulasan