Loading...

Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan

Loading...
Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan
link : Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan

Baca juga


Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan

KUANTAN: Seorang wanita maut manakala suami dan tiga anaknya cedera selepas kereta dinaiki lima sekeluarga itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Pertanian Jubli Perak pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Khaltom Mohamad Danyan, 41, yang beralamat di Paka, Terengganu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Indera Mahkota, jam 10.20 malam hari sama.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suami mangsa, Mohd Balkini Sofian, 45, yang juga imam Masjid Jamek Paka, bersama dua anak mereka, Ahmad Luqmanul Hakim, 20, dan Ahmad Warash Tasyriq, 6, kini dirawat di zon kuning hospital berkenaan.

“Seorang lagi anak mangsa, Nur Ainul Mardhiah, 8, mengalami kecederaan parah dan dirawat di zon merah,” katanya.

Menurut beliau, pemandu lori jenis Hino berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Paka selepas menjemput anak mereka, Ahmad Luqmanul Hakim dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta Proton Saga itu berhenti di bahu jalan untuk membeli jambu di gerai seberang jalan.

“Pasangan suami isteri itu sedang melintas jalan apabila lori dari arah sama dipercayai hilang kawalan dan merempuh mereka serta kenderaan yang berhenti di tepi jalan.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga anak mereka berada di dalam kereta,” katanya.

Tambah beliau, semua mangsa telah dihantar ke pusat perubatan terdekat untuk rawatan, namun Khaltom tidak dapat diselamatkan.

“Hasil ujian air kencing mendapati pemandu lori positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. #SinarHarian

Tambah beliau, semua mangsa telah dihantar ke pusat perubatan terdekat untuk rawatan, namun Khaltom tidak dapat diselamatkan.

“Hasil ujian air kencing mendapati pemandu lori positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan

Sekianlah artikel Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/seorang-wanita-maut-suami-dan-tiga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Seorang Wanita Maut, Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...