Judul : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Siasat Aduan Kelakuan Tidak Senonoh Seorang Pegawai Perubatan
link : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Siasat Aduan Kelakuan Tidak Senonoh Seorang Pegawai Perubatan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Siasat Aduan Kelakuan Tidak Senonoh Seorang Pegawai Perubatan
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan di negeri ini yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam.
JKNP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan jawatankuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut.
"Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Siasatan dilantik pada 10 April bagi menyiasat kesahihan aduan tersebut.
"Siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. JKNP tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut hingga siasatan disempurnakan bagi menjamin integriti siasatan," menurut kenyataan itu.
JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-570 7836 / 7835 / 7847. #AstroAwani
Demikianlah Artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Siasat Aduan Kelakuan Tidak Senonoh Seorang Pegawai Perubatan
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Siasat Aduan Kelakuan Tidak Senonoh Seorang Pegawai Perubatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/jabatan-kesihatan-negeri-pahang-jknp.html

0 Response to "Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Siasat Aduan Kelakuan Tidak Senonoh Seorang Pegawai Perubatan"
Catat Ulasan