Judul : Ketua Pemuda PAS Pahang Dakwa Ahli Parlimen DAP Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam
link : Ketua Pemuda PAS Pahang Dakwa Ahli Parlimen DAP Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam
Ketua Pemuda PAS Pahang Dakwa Ahli Parlimen DAP Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam
KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beradab DAP yang bertindak menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas rasmi mereka dalam operasi penguatkuasaan baru-baru ini.
Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, insiden tular di media sosial itu memperlihatkan bagaimana secara agresif DAP cuba menghalang tindakan penguat kuasa melaksanakan arahan penghapusan kira-kira 200 batang pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di tanah kerajaan negeri.
“Tindakan bersifat samseng dan tidak menghormati undang-undang ini adalah satu bentuk intimidasi serius terhadap penjawat awam. Ia bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi Parlimen, malah memberi isyarat buruk kepada rakyat tentang sikap sebenar wakil rakyat yang sepatutnya menjadi contoh dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.
“Pemuda PAS Pahang menegaskan bahawa semua pihak, termasuk ahli politik, tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang.
“Perbuatan campur tangan secara kasar ini boleh melemahkan sistem tadbir urus dan menjejaskan integriti perkhidmatan awam yang selama ini berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan amanah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menggesa pihak berkuasa agar tidak berdiam diri dan segera mengambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan yang jelas menyalahi peraturan ini.
“Malaysia adalah negara yang berdaulat dan berperlembagaan tiada siapa yang harus berada di atas undang-undang,” tegasnya.
Pemuda PAS Pahang juga menyeru rakyat agar menilai perilaku sebenar wakil rakyat atau mana-mana pimpinan politik yang gemar mencetuskan konfrontasi dan menghalang tugas penjawat awam, berbanding menyelesaikan isu melalui saluran sah dan matang.
“Jika dilihat selepas pasca PRU 15, apabila DAP berada sebahagian daripada kerajaan seolah-olah mereka cuba berlagak hero sehingga sanggup melanggar undang-undang. Benarlah pepatah Melayu mengatakan seperti ‘kaduk naik junjung’, itulah realiti apabila DAP beroleh sedikit kuasa.
“Sekali lagi kami Pemuda PAS Pahang mengecam sekeras-kerasnya tindakan DAP dan menggesa satu tindakan wajar harus diambil oleh pihak berkuasa agar perkara sebegini tidak akan berulang,” katanya. #HarakahDaily
Demikianlah Artikel Ketua Pemuda PAS Pahang Dakwa Ahli Parlimen DAP Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam
Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda PAS Pahang Dakwa Ahli Parlimen DAP Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/ketua-pemuda-pas-pahang-dakwa-ahli.html

0 Response to "Ketua Pemuda PAS Pahang Dakwa Ahli Parlimen DAP Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam"
Catat Ulasan