Loading...

Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan

Loading...
Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan
link : Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan

Baca juga


Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui kesal dengan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang dilihat tidak banyak membantu selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia kelmarin.

Menurut Fandi, tiada apa yang boleh dikatakan mengenai mutu pengadilan di atas padang, tetapi VAR sepatutnya boleh membantu memulihkan semula tempo perlawanan yang berintensiti tinggi melibatkan kedua-dua pasukan.

“Bagi saya, VAR satu kekecewaan kerana tiada siapa tahu apa yang berlaku, hanya orang di dalam (yang tahu), kami tidak boleh kata baik atau buruk, adil atau tidak.

“Saya rasa anda semua tahu, tetapi apa yang boleh kami katakan?” kata pengendali dari Singapura itu yang enggan mengulas mutu pengadilan secara terperinci pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan itu, beberapa insiden tidak memihak kepada Sri Pahang ketika pemain naturalisasi, Sergio Aguero dilayangkan dua kad kuning selain sepakan penalti dihadiahkan buat pasukan JDT pada awal babak kedua.

Namun, VAR dilihat turut membantu skuad Tok Gajah apabila membatalkan jaringan penyamaan yang dilakukan oleh penyerang JDT, Bergson da Silva yang berada dalam kedudukan ofsaid.

Mengulas lanjut, Fandi mengakui kejayaan pasukan ke pentas final Piala Malaysia kali ini adalah ‘bonus’ dengan menganggap aksi separuh akhir bertemu Sabah FC pada Februari lepas sebagai ujian sebenar.

“Pasukan sangat komited untuk perlawanan ini kerana sedar kita tidak konsisten dalam Liga Super. Banyak pelbagai perkara berlaku (di luar padang) dan sangat sukar untuk memotivasikan pemain, tetapi mereka berjuang untuk piala ini dan berjaya ke final.

“Secara peribadi, perlawanan separuh akhir menentang Sabah FC merupakan final sebenar dan aksi kali ini pula satu bonus,” katanya.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Tok Gajah mencipta kejutan apabila meraih gol pembukaan hasil penyudah T. Saravanan sebelum JDT bangkit untuk melakar kemenangan hasil sepakan penalti Bergson dan rembatan Arif Aiman Hanapi.

Sementara itu, tonggak pertahanan Sri Pahang, Adam Nor Azlin mengakui terkilan apabila gagal membawa pulang trofi ke bumi Tok Gajah meskipun menganggap pencapaian pasukan musim ini masih membanggakan.

“Biarpun tewas kami rasa sampai ke final pun sudah satu kemenangan. Penyokong boleh nilai sendiri apa yang terjadi (Mengenai kontroversi pengadil), tetapi sebagai pemain kita kena fokus di atas padang dan nasib tidak bersama pasukan kali ini,” katanya. #Kosmo!



Demikianlah Artikel Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan

Sekianlah artikel Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/piala-malaysia-pengendali-sri-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Piala Malaysia: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil (VAR) Gagal Main Peranan"

Catat Ulasan

Loading...