Loading...

Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak

Loading...
Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak
link : Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak

Baca juga


Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua daripada tiga penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur, dekat Bentong, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian berkenaan dikesan selepas satu video berdurasi satu minit 20 saat tular di laman sosial pada jam 8 malam tadi.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku jam 9.45 pagi tadi apabila motosikal terbabit hilang kawalan, tergelincir dan terbabas ke longkang di bahu kiri jalan.

"Seorang penunggang yang dapat dikesan memaklumkan cedera di kaki kanan, manakala dua lagi belum dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sedang mengesan penunggang terbabit untuk tampil membantu siasatan.

"Pihak polis sudah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Zaiham turut memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Pada masa sama, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang menjadikan laluan terbabit seperti litar lumba.

"Polis Bentong akan menjalankan operasi secara berterusan bagi memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak sesekali dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab," katanya. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak

Sekianlah artikel Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/polis-sedang-mengesan-dua-penunggang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Sedang Mengesan Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Kemalangan Di Lebuhraya Karak"

Catat Ulasan

Loading...