Judul : Sultan Pahang Zahirkan Hasrat Tubuh Pusat Rujukan Jawi Pahang Sebagai Teras Pendidikan, Rujukan Dan Pemeliharaan Tulisan Itu
link : Sultan Pahang Zahirkan Hasrat Tubuh Pusat Rujukan Jawi Pahang Sebagai Teras Pendidikan, Rujukan Dan Pemeliharaan Tulisan Itu
Sultan Pahang Zahirkan Hasrat Tubuh Pusat Rujukan Jawi Pahang Sebagai Teras Pendidikan, Rujukan Dan Pemeliharaan Tulisan Itu
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi.
Justeru, baginda mahu semua pihak berkaitan memberi komitmen padu dan bersepadu berkenaan hasrat itu kerana tulisan jawi adalah warisan besar bangsa Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara.
"Saya ingin satu badan atau institusi khusus ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan mandat melaksanakan kursus, latihan dan pertauliahan jawi secara rasmi.
"Agenda jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata, sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan berindentiti," titah baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 di Pekan, hari ini.
Turut berangkat Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua MUIP.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook, merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah dan saranan Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan Pusat Rujukan Jawi Pahang.
"Sesungguhnya, saranan baginda amat bertepatan dengan usaha memperkasa warisan bangsa dan memperkukuh jati diri umat Islam di negeri ini.
"Patik menyambut baik hasrat murni ini dan akan memberi sokongan sepenuhnya bagi merealisasikan penubuhan Pusat Rujukan Jawi Pahang.
"Semoga dengan penubuhan pusat ini agenda memartabatkan tulisan Jawi diperkasa sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi," katanya. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Zahirkan Hasrat Tubuh Pusat Rujukan Jawi Pahang Sebagai Teras Pendidikan, Rujukan Dan Pemeliharaan Tulisan Itu
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Zahirkan Hasrat Tubuh Pusat Rujukan Jawi Pahang Sebagai Teras Pendidikan, Rujukan Dan Pemeliharaan Tulisan Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/sultan-pahang-zahirkan-hasrat-tubuh.html




0 Response to "Sultan Pahang Zahirkan Hasrat Tubuh Pusat Rujukan Jawi Pahang Sebagai Teras Pendidikan, Rujukan Dan Pemeliharaan Tulisan Itu"
Catat Ulasan