Judul : Polis: Halang Penjawat Awam Di Raub, Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan
link : Polis: Halang Penjawat Awam Di Raub, Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan
Polis: Halang Penjawat Awam Di Raub, Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan
RAUB: Polis akan mengambil keterangan daripada lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui kerana menghalang tugas penjawat awam yang menjalankan operasi penebangan pokok durian musang king di tanah kerajaan di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd. Shahril Abdul Rahman berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
“Sehingga kini sebanyak tiga laporan polis diterima dan siasatan giat dilakukan serta lima individu akan dipanggil bagi memberi keterangan,”katanya di sini hari ini.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan sekumpulan pekebun durian mengadakan demonstrasi di pekan Klau di sini sehingga menyekat laluan pihak penguat kuasa untuk melakukan operasi penebangan durian musang king haram.
Semasa kejadian lebih kurang 50 orang telah bertindak menghalang laluan jalan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan tidak puas hati mereka kerana memusnahkan tanaman pokok durian secara haram yang disyaki ditanam kira-kira 30 tahun lalu.
Bagaimanapun pihak polis Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 7 telah berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. #KOSMO!
Demikianlah Artikel Polis: Halang Penjawat Awam Di Raub, Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan
Anda sekarang membaca artikel Polis: Halang Penjawat Awam Di Raub, Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/polis-halang-penjawat-awam-di-raub-lima.html
0 Response to "Polis: Halang Penjawat Awam Di Raub, Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan"
Catat Ulasan