Judul : Seorang Wanita Warga Emas Di Temerloh Rugi Lebih RM2.6 Juta Angkara Pelaburan Emas Tidak Wujud
link : Seorang Wanita Warga Emas Di Temerloh Rugi Lebih RM2.6 Juta Angkara Pelaburan Emas Tidak Wujud
Seorang Wanita Warga Emas Di Temerloh Rugi Lebih RM2.6 Juta Angkara Pelaburan Emas Tidak Wujud
KUANTAN: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM2.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan emas tidak wujud yang disertainya menerusi media sosial tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 72 tahun itu pada awalnya diperkenalkan dengan pelaburan berkenaan oleh seorang suspek melalui laman Facebook pada 20 Feb 2024.
"Mangsa mendakwa telah diberikan pautan untuk menyertai kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai 'xauusd' Kelas Pertengahan Elit Malaysia 3.
"Melalui kumpulan itu, mangsa diberi latihan berkaitan pelaburan emas sebelum mula melabur menerusi tiga aplikasi.
"Mangsa kemudiannya membuat 60 transaksi pemindahan wang berjumlah lebih RM2.6 juta ke dua akaun bank yang diberikan suspek antara 18 April hingga 9 Dis 2024," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila kesemua aplikasi pelaburan gagal diakses dan pulangan yang dijanjikan tidak diterima.
Sumber kewangan wanita itu termasuk simpanan sendiri, wang peninggalan mendiang suami, hasil jualan rumah serta pinjaman daripada anaknya yang menetap di luar negara.
Beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi.#AstroAwani
Demikianlah Artikel Seorang Wanita Warga Emas Di Temerloh Rugi Lebih RM2.6 Juta Angkara Pelaburan Emas Tidak Wujud
Anda sekarang membaca artikel Seorang Wanita Warga Emas Di Temerloh Rugi Lebih RM2.6 Juta Angkara Pelaburan Emas Tidak Wujud dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/seorang-wanita-warga-emas-di-temerloh.html
0 Response to " Seorang Wanita Warga Emas Di Temerloh Rugi Lebih RM2.6 Juta Angkara Pelaburan Emas Tidak Wujud"
Catat Ulasan