Judul : Isu Pergaduhan Orang Asli Kampung Arong Pekan Dengan Polis Yang Tular Di Media Sosial Telah Selesai
link : Isu Pergaduhan Orang Asli Kampung Arong Pekan Dengan Polis Yang Tular Di Media Sosial Telah Selesai
Isu Pergaduhan Orang Asli Kampung Arong Pekan Dengan Polis Yang Tular Di Media Sosial Telah Selesai
KUANTAN: Isu pergaduhan di antara penduduk Orang Asli Kampung Arong, Pekan dengan polis yang tular di media sosial, telah selesai.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada Sabtu lepas dan penduduk terlibat hadir ke Balai Polis Paloh Hinai, Pekan untuk meminta maaf sehari selepas itu.
“Polis tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung insiden itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata insiden berlaku selepas sepasukan anggota bersama Ketua Balai Polis Paloh Hinai, menasihatkan penduduk untuk mengikut undang-undang dan tidak menghalang pekerja sebuah kilang mengukur tanah bagi mendirikan bangunan.
Bagaimanapun, penduduk telah membuat provokasi terhadap anggota polis sehingga berlaku ketegangan dengan rakaman video itu kemudiannya tular di media sosial semalam. #Malaysiakini
Demikianlah Artikel Isu Pergaduhan Orang Asli Kampung Arong Pekan Dengan Polis Yang Tular Di Media Sosial Telah Selesai
Anda sekarang membaca artikel Isu Pergaduhan Orang Asli Kampung Arong Pekan Dengan Polis Yang Tular Di Media Sosial Telah Selesai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/isu-pergaduhan-orang-asli-kampung-arong.html

0 Response to "Isu Pergaduhan Orang Asli Kampung Arong Pekan Dengan Polis Yang Tular Di Media Sosial Telah Selesai"
Catat Ulasan