Loading...

Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda

Loading...
Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda
link : Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda

Baca juga


Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam memperkasa generasi muda melalui pelbagai platform strategik, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan Majlis Pelancaran SKUAD Yayasan Pelajaran MARA (SKUAD YPM) telah berlangsung di sini pada Ahad. 

“Gegak gempita Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dengan sorakan dan laungan semangat lebih 1,500 anak-anak Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dari seluruh negeri Pahang yang berhimpun sempena Majlis Pelancaran SKUAD Yayasan Pelajaran MARA (SKUAD YPM) Peringkat Kebangsaan 2025, yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

“Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam memperkasakan generasi muda melalui pelbagai platform strategik, demi melahirkan barisan kepimpinan masa hadapan yang berwibawa, berilmu dan berdaya saing.

“Pelancaran SKUAD YPM pada peringkat kebangsaan ini bukan sahaja mengiktiraf peranan penting golongan belia, malah mencerminkan iltizam semua pihak khususnya YPM dalam membentuk generasi muda berakhlak mulia, berwawasan dan memiliki daya kepimpinan yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Pahang telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 untuk menjayakan Kem A-Plus YPM.

“Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan YPM, khususnya kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA, serta Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Pengerusi YPM atas usaha berterusan, komitmen tinggi dalam menganjurkan program pembinaan jati diri belia secara konsisten dan berimpak.

“Sebagai manifestasi sokongan padu kerajaan negeri terhadap pembangunan generasi muda, Kerajaan Negeri Pahang berbesar hati menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 bagi menjayakan Kem A-Plus YPM yang merupakan platform penting dalam pembentukan SKUAD YPM,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan tiada anak muda tercicir.

“Kerajaan Negeri Pahang akan terus berganding bahu bersama agensi-agensi seperti MARA dan YPM bagi memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada arus pembangunan dan pendidikan.

“Semoga segala usaha ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT dalam melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang, demi kemajuan negeri Pahang dan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya lagi. #UMNOnline



Demikianlah Artikel Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda

Sekianlah artikel Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/pelancaran-skuad-ypm-kerajaan-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelancaran Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasakan Generasi Muda"

Catat Ulasan

Loading...