Loading...

Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad

Loading...
Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad
link : Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad

Baca juga


Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang semalam secara rasmi menyertai usaha strategik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam pengambilalihan FGV Holdings Berhad (FGV).

Felda menerusi kenyataan memaklumkan, penyertaan itu menjadikan kerajaan negeri rakan kongsi utama dalam pelaksanaan penswastaan syarikat perladangan yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyertaan kerajaan negeri dalam kerangka ‘Persons Acting in Concert’ (PACs) mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap agenda pemerkasaan ekonomi peneroka dan pembangunan sosioekonomi luar bandar.

“Sokongan ini akan memperkukuh keyakinan peneroka Felda terhadap masa depan mereka. Ia juga berupaya merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui kestabilan operasi FGV yang menjadi pemacu penting sektor agro komoditi,” katanya  pada majlis ramah mesra Felda bersama Menteri Besar Pahang di Genting Highlands, semalam.

Menurutnya, langkah penyertaan itu menyaksikan Pahang bersama Felda sebagai PACs dalam menjayakan Voluntary Take Over Offer (VTO), bertujuan memperkukuh kedudukan Felda sebagai pemilik utama FGV dengan penguasaan sedia ada sebanyak 82 peratus.

Katanya, kerajaan negeri Pahang akan memiliki lima peratus saham dalam FGV, menjadikan gabungan ini satu kekuatan baharu yang signifikan dalam memacu transformasi syarikat dan mengukuhkan keupayaan strategik industri perladangan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi mencapai kawalan penuh ke atas FGV, Felda perlu mencapai 90 peratus pegangan, justeru baki tiga peratus memerlukan kerjasama kerajaan negeri Sabah serta beberapa institusi pelaburan perladangan lain.

Sementara itu, Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan keterlibatan kerajaan Pahang sebagai rakan strategik utama merupakan satu lonjakan besar dalam misi memulihkan kedudukan korporat FGV.  #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/kerajaan-pahang-secara-rasmi-sertai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik FELDA Dalam Pengambilalihan FGV Holdings Berhad"

Catat Ulasan

Loading...