Loading...

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu

Loading...
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu
link : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu

Baca juga


Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu

KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya mematahkan kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai transit, dalam tiga siri pemeriksaan awal Mei lalu.

Sindiket berkenaan dikesan mengimport bunga ganja bernilai RM1.4 juta dengan menggunakan perkhidmatan kurier, dan mengisytiharkan kandungan kotak yang dihantar sebagai baju t-shirt serta sarung tilam bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, berdasarkan alamat pada kotak-kotak yang dirampas, bahan terlarang itu dipercayai dibungkus di dalam negara sebelum dieksport ke Britain.

"Nama (Britain) berdasarkan alamat tertera pada kotak yang kita rampas dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui destinasi sebenar bunga ganja itu dihantar.

"Kita percaya sindiket ini hanya menjadikan Malaysia sebagai transit, dadah ini mungkin diperoleh dari negara jiran sebelum dibungkus dan dihantar ke luar negara," katanya dalam sidang media di Wisma JKDM Pahang, dekat Bandar Indera Mahkota, disini hari ini.

Dia turut memaklumkan kotak terbabit dikirim dari Kuala Terengganu, Terengganu dan Subang, Selangor.

Mohd Asri berkata, pemeriksaan pertama dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Cawangan Temerloh dengan kerjasama Bahagian Perkastaman KLIA dan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM pada 5 Mei jam 3.10 petang

"Dalam pemeriksaan di Pusat Mel dan Kurier KLIA, pasukan kami menemui bahan organik disyaki dadah jenis bunga ganja sebanyak 6.2 kilogram (kg).

"Rampasan itu dianggarkan bernilai RM666,400," katanya.

Pemeriksaan kedua pula dijalankan oleh JKDM Cawangan Bentong, yang membawa kepada rampasan bunga ganja seberat 3.2 kg bernilai kira-kira RM313,600.

"Pemeriksaan ketiga pula dilakukan penguat kuasa JKDM Kuantan di tempat sama, yang membawa kepada penemuan dadah jenis bunga ganja dengan berat 4.34 kg bernilai sekitar RM425,320,: katanya lagi.

Ketiga-tiga pemeriksaan dilakukan di Pusat Mel dan Kurier KLIA pada masa berlainan.

Mohd Asri turut memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan diambil memandangkan ganja diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. #Malaysiakini



Demikianlah Artikel Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu

Sekianlah artikel Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/jabatan-kastam-diraja-malaysia-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai RM1.4 Juta Di KLIA Awal Mei Lalu"

Catat Ulasan

Loading...