Judul : Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang-Undang, Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan
link : Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang-Undang, Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan
Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang-Undang, Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan
KUANTAN: Polis menasihati orang ramai, khususnya pekebun durian di Raub, dekat sini, menghormati undang-undang dan tidak menceroboh masuk tanah kerajaan, khususnya di kawasan hutan simpan.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, tindakan akan dilakukan terhadap individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang memasuki kawasan tanah yang bukan milik mereka.
Katanya, sehingga kini, operasi bersepadu bersama lain-lain agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang masih diteruskan.
"Rondaan masih dilaksanakan di kawasan tanah kerajaan, termasuk hutan simpan untuk memastikan tiada pencerobohan.
"Oleh itu, saya menasihati semua pihak menghormati undang-undang dan tidak menceroboh kawasan tanah yang bukan milik mereka iaitu kawasan milik Pejabat Tanah dan Jabatan Perhutanan termasuk hutan simpan," katanya.
Yahaya berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.
Pada 30 April lalu, lima lelaki termasuk empat warga Indonesia ditahan kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Mukim Tras, Raub.
Bertindak atas maklumat orang awam, polis terserempak dengan seorang lelaki tempatan yang memandu sebuah pacuan empat roda dan seorang lelaki warga Indonesia menunggang motosikal.
Pemeriksaan di kawasan sekitar menemukan sebuah rumah kongsi didiami tiga warga Indonesia.
Polis menahan lima lelaki terbabit yang berusia 40 hingga 65 tahun serta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Raub untuk siasatan lanjut.
Yahaya berkata, lima individu terbabit kemudiannya dibebaskan dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang-Undang, Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan
Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang-Undang, Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/ketua-polis-pahang-nasihat-orang-ramai.html

0 Response to "Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang-Undang, Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan"
Catat Ulasan