Loading...

Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu

Loading...
Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu
link : Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu

Baca juga


Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu

KUANTAN: Lebih separuh daripada 25 pemain Sri Pahang musim 2024-25 sudah tamat kontrak bersama skuad itu yang berakhir pada 30 April lalu.

Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa mereka kini bebas untuk menyarung jersi skuad lain bagi musim baharu.

"Boleh disahkan bahawa lebih separuh daripada 25 pemain termasuk import sudah tamat kontrak pada 30 April lalu, kecuali Kpah Sherman yang masih mempunyai kontrak satu musim lagi.

"Manakala baki pemain yang masih memiliki kontrak semusim lagi, kelab sedia membantu jika mereka berminat untuk menyertai pasukan lain.

"SPFC sedia membantu sebaik mungkin dalam soal kontrak iaitu situasi menang-menang atau yang terbaik buat mereka untuk meneruskan kerjaya.

"Ini kerana status Sri Pahang FC sama ada kekal beraksi atau tidak akan diketahui sebelum 10 Mei ini selepas Jawatankuasa First Instance Body (FIB) memberikan lanjutan masa," kata sumber berkenaan.

Pada 26 April lalu, pemilik SPFC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan beliau akan mengundur diri musim depan.

Namun, ia tetap menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak berhubung status Sri Pahang FC sama ada kekal atau tidak beraksi susulan pengumuman Tengku Abdul Rahman itu.

Rata-rata peminat bola sepak, khususnya penyokong Tok Gajah mahu Sri Pahang kekal beraksi.

Baru-baru ini, Jawatankuasa First Instance Body (FIB) memberikan lanjutan masa sehingga 10 Mei ini bagi kelab melengkapkan dokumentasi pelesenan kelab yang pada asalnya berakhir pada 30 April lalu.

Ia bermakna beberapa pasukan mendapat talian hayat untuk melengkapkan dokumen terutama Sri Pahang. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu

Sekianlah artikel Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/lebih-separuh-daripada-25-pemain-sri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang FC Musim 2024-25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu"

Catat Ulasan

Loading...