Loading...

Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak !

Loading...
Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak !
link : Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak !

Baca juga


Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak !


KUANTAN: Agenda penyatuan Melayu yang pernah diperjuangkan Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi simbol 'payung besar' disifatkan sudah tidak relevan dan gagal mencapai matlamat.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, kegagalan itu terbukti melalui sejarah pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, selain 22 bulan ketika kembali menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, sepanjang tempoh itu, perpecahan Melayu semakin ketara, malah UMNO sendiri pernah diharamkan pada 1988, sekali gus menyaksikan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46.

“Perpecahan Melayu bukan sahaja tidak dapat dibendung, malah semakin parah apabila Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, hingga mencetuskan era reformasi dan penubuhan Parti Keadilan Nasional, yang kini dikenali sebagai PKR.

“Selepas itu, beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kemudian Pejuang. Semua ini adalah parti berteraskan Melayu, namun hanya menyumbang kepada perpecahan yang lebih teruk akibat kerakusan politik,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau turut mendakwa kemunculan semula Dr Mahathir pada usia hampir 100 tahun ini hanya kerana bimbang dengan kedudukan diri dan keluarganya sekiranya Kerajaan Madani di bawah pentadbiran Anwar terus mendapat sokongan rakyat.

“Tiada jalan lain bagi Dr Mahathir melainkan sekat Anwar. Maka, pelbagai propaganda dimainkan untuk gambarkan Anwar sebagai ancaman kepada orang Melayu dan negara ini,” katanya.

Selain itu, Wan Fauzuldin memberitahu, rakyat kini semakin sedar dan mempersoalkan sama ada penyatuan Melayu boleh dilakukan melalui kepimpinan Dr Mahathir yang penuh dengan sejarah hitam.

“Peliknya, Pas turut terpedaya dengan 'payung besar' yang diilhamkan oleh Dr Mahathir. Apakah Pas sudah mula berminat dengan 'asabiyyah' dan tidak lagi berselera dengan penyatuan Islam?

"Yakinlah, Melayu dan Islam tidak akan dapat dimartabatkan selagi Dr Mahathir mengetuainya. Bagaimana beliau mampu membela Melayu di seluruh negara ini sedangkan selaku Penasihat SG4 di empat buah negeri Melayu itu pun beliau gagal bangunkan.

"Melayu di keempat-empat negeri tersebut terus mundur dan miskin. Payung besar itu sebenarnya telah lama koyak dan bocor angkara Mahathir," ujarnya.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan inisiatif baharu untuk menggabungkan orang Melayu di bawah satu payung melalui Sekretariat Orang Melayu dalam usaha ‘mengembalikan kuasa Melayu’ dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Rabu. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak !

Sekianlah artikel Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/agenda-penyatuan-melayu-diperjuangkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Agenda Penyatuan Melayu Diperjuangkan Oleh Tun Mahathir Tidak Relevan, 'Payung Besar' Sudah Lama Koyak !"

Catat Ulasan

Loading...