Loading...

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Loading...
Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi
link : Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Baca juga


Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


PARIT: Jenazah lima sekeluarga termasuk empat beradik yang meninggal dunia susulan kemalangan lima maut termasuk empat beradik di KM 7 Jalan Jerantut Feri-Maran, Pahang, tengah malam Sabtu selamat dikebumikan dalam satu liang awal pagi tadi.

Jenazah Mohamad Ikmal Ishak, 26, dan isterinya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23; serta tiga adik kandung Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli ,21; Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, selamat dikebumikan jam 1.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, di sini.

Suasana sayu dan sebak menyelubungi apabila lebih 300 orang terdiri dari waris, saudara-mara serta sahabat handai arwah setia menghadiri pengebumian di tanah perkuburan itu.

Terdahulu jenazah disolatkan di Masjid Jamek Bota Kanan, di sini.

Van membawa jenazah lima sekeluarga itu tiba di Masjid Jamek Bota Kanan jam 12.30 tengah malam selepas dibawa dari Unit Forensik Hospital Jerantut, Pahang sekitar 6.45 petang.

Suasana pilu turut menyelubungi kawasan ruangan solat masjid khususnya apabila waris terdekat diberi peluang memberi penghormatan terakhir sesudah kelima-lima jenazah disolatkan sekitar 12.40 tengah malam

Kelihatan ibu kepada mangsa kemalangan maut itu, Zaini Noh, 52, dan adik bongsu mereka, Ayuni, 12, menangis malah ada individu dipercayai ahli keluarga juga rebah selepas melihat jenazah.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah ketika ditemui berkata, kerajaan negeri Perak akan meneliti bantuan termasuk kaunseling terhadap semua waris mangsa nahas itu.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga sudah diarahkan bagi memudahkan penyaluran insuran RM5,500 membabitkan Allahyarham Nurul Hazwani selaku pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Yaacob, di sini.

“Saya sudah maklumkan kepada JPN untuk membuat penyaluran ini dengan kadar segera sebagai tanda bersimpati.

“Kita juga akan berbincang bersama kepimpinan Menteri Besar dari segi bentuk bantuan lain. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diarah melakukan sesi kaunseling dengan menumpukan kepada Ayuni supaya emosinya tidak terganggu.

“Kita akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pantau dan memberi bimbingan serta nasihat kepada ibu bapa mangsa supaya mereka boleh menerima takdir ini,” katanya. #BuletinTV3



Demikianlah Artikel Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Sekianlah artikel Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/jenazah-lima-sekeluarga-nahas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi"

Catat Ulasan

Loading...