Loading...

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang'

Loading...
Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang'
link : Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang'

Baca juga


Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang'

JERANTUT :"Kami dah dekat rumah mak ngah, tapi masuk simpang salah." Itu kata-kata terakhir didengar Norhayati Ismail, 60, dalam panggilan telefon dari anak saudaranya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, sebelum maut dalam kemalangan meragut lima nyawa termasuk empat beradik di sini tengah malam tadi.

Perbualan singkat itu berlaku kira-kira jam 12.45 pagi, hanya 500 meter dari rumah Norhayati di Kampung Paya Gunung yang juga tidak jauh dari lokasi kemalangan maut di Kilometer 7 Jalan Jerantut - Maran.

Menurut Norhayati, ketika panggilan itu Arfiqah memaklumkan mereka sekeluarga tersalah masuk simpang ke sebuah restoran berhampiran kawasan kejadian, dia kemudian memberi arahan supaya berpatah balik dan terus ke simpang seterusnya menghala ke Jerantut Feri.

"Kami bercakap dalam lima minit, tiba-tiba talian terdiam. Saya terdengar bunyi lampu isyarat kereta dan senyap... selepas itu hanya bunyi-bunyi tanpa suara yang jelas.

"Saya terdengar suara sebut 'pengsan' dan 'kemalangan'. Saya terus rasa tidak sedap hati dan menelefon anak saya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jerantut sebentar tadi.

Kebimbangan Norhayati terjawab apabila sekitar jam 12.50 pagi, anaknya yang juga sepupu kepada empat beradik berkenaan, Muhammad Azuwan Arif Shah, 34, menerima panggilan mengenai kemalangan itu dan bergegas ke lokasi kejadian.

Muhammad Azuwan berkata, dia nampak seorang sepupunya terbaring atas jalan, dua lagi tak sedarkan diri dalam kereta manakala dua lagi tercampak kira-kira 10 meter dari kereta.

"Suasana ketika itu sangat kelam-kabut, pemandu kereta tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.

Muhammad Azuwan berkata, semua jenazah akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Padang Kunchor, Bota, Perak.

"Mereka datang ke Jerantut bersama tiga kereta berasingan untuk menyambut Aidiladha dan tiba Khamis, manakala kereta yang terlibat dalam nahas itu adalah yang terakhir tiba," katanya. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang'

Sekianlah artikel Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/kemalangan-maut-empat-beradik-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri, Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir 'Tersilap Simpang'"

Catat Ulasan

Loading...