Loading...

Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan

Loading...
Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan
link : Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan

Baca juga


Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan


LIPIS: Tindakan pemandu lori perabot berhenti di tepi Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) untuk membuang air kecil mengundang padah sehingga mengorbankan dua nyawa di Kampung Chegar Perah di sini hari ini.

Seorang wanita dan seorang kanak-kanak maut manakala lima lagi cedera setelah kenderaan dinaik tujuh sekeluarga merempuh sebuah treler di  Kilometer 37, dekat LTU.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kedua-dua mangsa Roslawati Mat Daud 50, dan Aqif Azfar Azman, 5, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian pukul 5.30 pagi tadi.

Menurutnya, kemalangan maut melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta dan lori di jalan menghala ke Merapoh itu berlaku setelah pemandu lori berhenti di susur jalan untuk membuang air.

”Hasil siasatan awal pihak polis mendapati pemandu seorang lelaki warganegara tempatan berusia 33 tahun bersama kelindan dari Melaka menuju ke Ketereh, Kelantan untuk menghantar perabot.

”Manakala pemandu kereta seorang lelaki warganegara tempatan berumur 45 tahun bersama tujuh orang ahli keluarga dari Klang, Selangor dalam perjalanan menuju ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu untuk menziarahi keluarga.

”Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di tepi jalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan lima orang penumpang telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun pemandu dan dan kelindan lori berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kes masih dalam sisasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ismail memohon kerjasama mana- mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan. #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan

Sekianlah artikel Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/dua-terkorban-di-jalan-lingkaran-tengah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Terkorban Di Jalan Lingkaran Tengah Utama, Gara-Gara Terlanggar Belakang Lori Perabot Berhenti Di Tepi Jalan"

Catat Ulasan

Loading...