Judul : Suami Isteri Maut, Tiga Anak Parah Kereta Dinaiki Bertembung Lori Di Kampung Batu Lapan Lepar
link : Suami Isteri Maut, Tiga Anak Parah Kereta Dinaiki Bertembung Lori Di Kampung Batu Lapan Lepar
Suami Isteri Maut, Tiga Anak Parah Kereta Dinaiki Bertembung Lori Di Kampung Batu Lapan Lepar
Mangsa korban ialah pemandu kereta, Jamal Azizul Samat 44, dan isteri Lizawati Abdullah, 41, berasal dari Felda Chini Timur 1, di sini.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, nahas berlaku kira-kira jam 10 malam ketika keluarga terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat.
Menurutnya, kereta dipandu Jamal Azizul dipercayai hilang kawalan ketika memotong sebuah kenderaan lalu terbabas ke laluan kanan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
Katanya, akibat kemalangan itu Jamal Azizul dan isteri tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang depan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Tiga anak pasangan terbabit berusia antara 6 dan 17 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, untuk rawatan lanjut.” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, pemandu lori berusia 31 tahun dan dua kelindan lori hanya cedera ringan.
Katanya, mayat pasangan suami isteri terbabit dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut. #BuletinTV3
Demikianlah Artikel Suami Isteri Maut, Tiga Anak Parah Kereta Dinaiki Bertembung Lori Di Kampung Batu Lapan Lepar
Anda sekarang membaca artikel Suami Isteri Maut, Tiga Anak Parah Kereta Dinaiki Bertembung Lori Di Kampung Batu Lapan Lepar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/suami-isteri-maut-tiga-anak-parah.html
0 Response to "Suami Isteri Maut, Tiga Anak Parah Kereta Dinaiki Bertembung Lori Di Kampung Batu Lapan Lepar"
Catat Ulasan