Judul : Sultan Pahang Teliti Pertimbangkan Keputusan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja
link : Sultan Pahang Teliti Pertimbangkan Keputusan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja
Sultan Pahang Teliti Pertimbangkan Keputusan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang meneliti keputusan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja bagi memantapkan fungsi dan sumbangan ahli-ahli Jumaah terhadap rakyat dan negeri.
Baginda bertitah, ia bagi memperkasakan Jumaah Pangkuan Diraja agar tidak hanya bersifat simbolik atau upacara semata-mata.
“Antara bidang tugas dan tanggungjawab yang boleh dipertimbangkan termasuklah berperanan sebagai badan penasihat bebas yang menyuarakan pandangan rakyat kepada pentadbiran negeri, menyokong agenda pemuliharaan alam sekitar khususnya dalam isu kritikal serta memperkukuh jaringan sosial melalui inisiatif kebajikan dan sokongan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Saya tidak mahu melihat ahli-ahli Jumaah Pangkuan hanya sekadar mengisi tempat duduk di balairung dan dewan-dewan rasmi.
“Tetapi sebaliknya menjadi pendukung dan benteng utama Negeri Pahang, yang menasihati dengan kebijaksanaan, memimpin dengan contoh dan berkhidmat dengan keikhlasan serta integriti,” titah Baginda menerusi hantaran di laman rasmi Kesultanan Pahang.
Al-Sultan Abdullah sebelum itu berkenan berangkat bercemar duli menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-119 di sebuah hotel di sini, hari ini.
Keberangkatan Baginda diiringi Tengku Arif Bendahara ,Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Baginda menegaskan bahawa peranan kawatankuasa itu bukan sahaja akan memperkukuh institusi diraja, tetapi juga memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai tempat bergantung dan suara yang didengari dalam pentadbiran negeri.#MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Teliti Pertimbangkan Keputusan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Teliti Pertimbangkan Keputusan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/sultan-pahang-teliti-pertimbangkan.html
0 Response to "Sultan Pahang Teliti Pertimbangkan Keputusan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja"
Catat Ulasan